Saturday, April 28, 2012

Polis samseng ada senjata, 'perusuh' tanpa senjata

BERSIH Live Report

BERSIH 3.0: Tembakan air dan gas pemedih mata


LAPORAN LANGSUNG

9.20pm Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Omar berharap petugas "yang dicederakan perusuh" segera sembuh dan mendapat rehat secukupnya sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Menurut Facebook polis, beliau berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan seluruh anggota polis ketika Op Aman 3.

Kenapa Ismail Omar tidak berharap semua yang cedera disebabkan serangan 'betubi-tubi' polis segera sembuh?

Polis tak berhati perut!

Podah!

Sementara itu, adakah 1% polis yang korup ialah HAJI ISMAIL OMAR?


Ikutilah cerita di Malaysia Today:

Oleh Veteran Prihatin

IG Ismail Omar telah mengatakan bahawa hanya 1% sahaja dari kalangan anggota dan pegawai polis yang rasuah, dan jenayah indeks telah turun 11.1 % sementara kepuasan orang ramai diatas khidmat polis telah meningkat 70.5 peratus. Beliau kemudiannya memaklumkan bahawa semua ahli Jabatan Pertahanan Awam –JPAM dan RELA akan memakai pakaian seragam polis berserta dengan lencana polis semasa melaksanakan rondaan dan bit bersama anggota polis biasa. (Sebelum dasar ini dapat dilaksanakan dua ahli RELA telah pun dituduh dimahkamah kerana menyebabkan kematian saorang pelajar asing). Seolah olah lawak jenaka IG Ismail tidak mencukupi, beliau pula telah menabalkan anugerah ‘Rakan Polis’ kepada Tan Sri Robert Phang semasa perlancaran mascot baru PDRM yang menyerupai harimau biru sempena hari ulang tahun PDRM yang ke 205. Anih tapi benar.  PDRM sewajarnya tidak memerlukan saekor Mascot harimau biru kerana logo resmi PDRM sendiri menjunjung lambang  “ALLAH” “MUHAMMAD”. Dimana letaknya akidah para muslimat PDRM? Kepada “ALLAH” atau kepada saekor patung harimau biru? Tindakan ini bukan sahaja mencaci kesucian Islam, malah merupakan satu penghinaan kepada anggota dan pegawai polis yang mempamirkan lambang PDRM di pakaian mereka. Dengan penuh ironi, perkembangan ini meletakkan PDRM sebagai bahan ketawa diseluruh dunia. Dalam 205 tahun sejarah PDRM, tidak pernah lagi PDRM diberi penghinaan oleh saorang Ketua Polis Negara yang bergitu bodoh dan dayus yang boleh disamakan dengan lawak Mr. Bean. Kebanggaan PDRM sebagai satu satunya agensi penguatkuasa undang undang, mencegah jenayah, mengekalkan ketenteraman awam serta mengumpul risekan telah hancur oleh tindakan lawak KPNnya. Apa yang ada sekarang adalah saekor harimau biru yang tak bertaring yang dikeji dan ditemplak oleh polis dan juga masyarakat.

Dakwaan IG Ismail bahawa hanya 1% sahaja dari kalangan PDRM yang rasuah  semata matanya adalah suatu helah bagi menutupi hubungan rapatnya dengan penjenayah sejak beliau menjawat jawatan KPN. Sejak beliau memegang jawatan tersebut, kegiatan haram telah berleluasa termasuk kegiatan judi haram, lottery haram, mesin kuda, perlacuran, gangster, dan perdagangkan orang. Kesemua kegiatan haram dan tak bermoral ini telah membantu sindikit bawah tanah yang di dalangi oleh Ta Kin Yan – penasihat jenayah Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussin Onn- untuk mengumpul kekayaan serta kuasanya keatas kegiatan haram ini. Sindikit ini menyumbangkan sebahagian dari kekayaan mereka ke suatu tabung pusat yang dikawal oleh Ta Kin Yan bagi kepentingan peribadi dan politik Hishamuddin. Sebahagian dari wang yang dikumpul disumbangkan kepada kerja kerja amal sebagai tanggungjawab kepada masyarakat dan juga urusan menyuci wang tersebut yang diketuai oleh mantan KPN Norian Mai yang juga menjadi salah saorang dari ahli lembaga pengarah syarikat Ta Kin Yan. Sebahagian besar dari kutipan ini dimasukkan kedalam tabung khas Hishamuddin bagi menyokong kempen politiknya didalam pilihanraya umum dan juga cita citanya untuk merampas jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Mahyuddin. Bagi Hishamuddin janganlah terlalu tinggi merenung dilangit, nanti padah akibatnya. Hanya dengan menggunakan wang haram ini Hishamuddin dapat merealisasikan cita cita politiknya bagi menjadi Perdana Menteri. Ta Kin Yan menganggap IG Ismail Omar tidak lebih dari patung yang boleh digunakan oleh beliau dan Hishamuddin bagi melaksanakan niat jahat mereka tanpa disoal. IG Ismail tidak ada pilihan. Jika beliau engkar arahan mereka (Ta Kin Yan dan Hishamuddin) bermaana menentang Ta Kin Yan yang IG Ismail paksa bodek bagi menjamin kontraknya sebagai KPN akan disambung atas perakuan Ta Kin Yan.

Adalah menjadi satu kelucuan apabila IG Ismail Omar mendakwa bahawa jenayah telah menurun dan keyakinan orang ramai terhadap polis telah meningkat.  Pada hakikatnya  ketakutan orangramai menjadi mangsa jenayah terus menular disegenap lapisan masyarakat. Tiada suatu lorong pun yang selamat. Malah pemilik rumah kian mengupah pengawal keselamatan persendirian bagi melindungi nyawa dan harta mereka. Perompak kini bertambah ganas dan kasar hingga berani menetak mangsa tanpa rasa perikemanusiaan. IG Ismail Omar wajar memberi penjelasan kerana memperdayakan orang ramai dengan angka jenayah yang dimanipulasikan untuk meyakinkan Kerajaan bahawa pihak PDRM telah menepati matlamat NKRA, walhal sebenarnya ianya adalah satu penipuan. Terlalu banyak tekanan telah diberikan bagi mencapai sasaran NKRA, tetapi peranan PDRM seperti mana diperuntukkan dibawah Akta Polis 1967 untuk mengumpul risekan dan maklumat telah diabaikan sama sekali. Jika benar keadaan jenayah dan keselamatan terkawal seperti didakwa oleh Hishamuddin dan IG Ismail, menagapakah pula perlunya Hishamuddin dan IG Ismail diiring dan dikawal rapat oleh komando polis bersenjatakan senjata automatik setiap kali mereka bergerak di khalayak ramai? Tindakan mereka sendiri merupakan suatu pembelotan kepada masyarakat yang Negara ini aman damai. Ini adalah suatu pengkhianatan kepada keyakinan yang mereka pura pura tegakkan atau mungkin mereka takut dengan bayang bayang mereka sendiri.

Pengiktirafan Robert Phang sebagai ‘Rakan Polis’ adalah suatu penghinaan kepada pasukan polis dan juga Negara. Diketahui umum bahawa Robert Phang adalah saorang penyangak dari Sabah. Setiap pegawai kanan polis, baik yang bersara atau yang masih berkhidmat mengetahui bahawa Robert Phang telah cuba sedaya upayanya untuk menyusupi rantaian pegawai kanan polis dengan tujuan menjadi orang perantaraan polis dan sindikit jenayah. Peranannya sebagai orang tengah bukan sahaja terbatas kepada polis tetapi juga meliputi syarikat syarikat yang diberi tender bagi melaksanakan projek dibawah Kementerian Dalam Negeri. Robert Phang  berjaya menyusupi teras tunggak kerajaan  hingga dilantik sebagai ahli dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)- suatu tindakan yang menghina institusi yang sering menegakkan integriti dan ketelusan. Walaubagaimana pun tembelang Robert Phang telah terdedah. Perlantikannya didalam SPRM hanya sejenak sahaja dan terpaksa meletak jawatan tersebut dengan penuh keaiban setelah beliau terlibat dalam suatu cubaan untuk menyogok Ketua Setia Usaha Kementerian Dalam Negeri dengan RM20,000. Rasuah ini adalah sebagai suapan kepada Ketua Setia Usaha (KSU) Kementerain Dalam Negeri meluluskan sepenuhnya bayaran kontrak berjumlah RM1 billion untuk memasang rangkaian komunikasi PDRM dengan menggunakan teknologi Motorola APCO 25 yang sudah lapuk. Projek ini telah diberi kepada syarikat Master Plan Consulting Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik keluarga Tan Sri Abd. Aziz Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya  yang juga mantan Ketua Setia Usaha Kementerian Dalam Negeri. Walaupun syarikat ini didaftarkan dibawah Raja Azlina binti raja Abdul Jalil dan Ahmad Firdaus bin Abd. Halim, mereka sebenarnya adalah proxi Tan Sri  Abd. Aziz Yusof dan anak anaknya. Syarikat Master Plan Consulting telah diberi projek bagi memasang system laporan polis (police reporting system-PRS) yang dibahagikan dalam tiga fasa dan juga unit pusat risekan  (CIU) yang kesemuanya bernilai RM136.8 million. Projek ini seterusnya di subkontrakkan kepada Asiasoft (M) Sdn Bhd sebuah anak syarikat Asiasoft (Singapura) yang dimiliki oleh dua bekas pegawai Angkatan Udara Israel.

Perlakuan Robert Phang cuba menyogok Ketua Setia Usaha Kementerian Dalam Negeri menyokong kebenaran bahawa beliau adalah orang tengah bagi syarikat gergasi seperti Motorola dan Master Plan Consulting untuk menyampaikan ‘pelincir’ kepada orang orang penting kerajaan bagi mempercepatkan pembayaran keatas projek yang diberi.  Adalah menjadi suatu penghinaan bahawa bagi suatu kontrak yang bernilai RM1 billion, sogokan yang cuba diberi kepada KSU hanyalah RM20,000 sahaja manakala mantan KSU Tan Sri Abd. Aziz telah menyapu berpuluh juta Ringgit semasa menjadi KSU hasil dari projek projek polis yang diberi kepada syarikat anak anak nya, Master Plan Consulting. Peliknya selepas bersara beliau dilantik pula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Tepat dan kena pada masanya apabila BERSIH mendesak Tan Sri Abd. Aziz Yusof meletak jawatan dari Suruhanjaya Pilihanraya. Jelas beliau bukan orang yang layak untuk menerajui Suruhanjaya Pilihanraya memandangkan ciri ciri integriti dan perwatakannya yang tercemar dengan penuh ketidakjujuran, penyangak, keji  dan penipuan. Perlakuan Robert Phang juga menghina kedudukan KSU Kementerian Dalam Negeri yang sangat dihormati. Mentang mentang Tan Sri Abd. Aziz Yusof, mantan KSU boleh dibeli oleh Robert Phang, beliau juga menganggapkan bahawa Tan Sri Mahmood Adam juga boleh disogok sewenang wenangnya. Siasatan keatas perlakuan rasuah Robert Phang telah dijalankan oleh SPRM, tetapi oleh kerana hubungan dan pengaruh rapat beliau  dengan orang orang besar, SPRM terpaksa menggugurkan tuduhan terhadap beliau. Bergitulah angkara dasar pendakwaan memilih atau penindasan yang diamalkan oleh Pendakwa Raya Ghani Patail. Atau mungkin Ghani Patail takut bahawa Robert Phang akan mendedahkan segala kegiatan rasuahnya. Jika kesnya diteruskan sudah jelas banyak rahsia akan terbongkar dan tali barut tali barut Robert Phang akan didedahkan.

Sebelum ini Robert Phang telah mengancam pegawai polis yang menyelia projek Motorola supaya cepat meluluskan sistem rangkaian komunikasi yang dipasang supaya bayaran sepenuhnya kepada Master Plan Consulting dapat dijelaskan. Apabila pegawai polis berkenaan enggan meluluskannya seperti diarahkan oleh Robert Phang, kerana sistem tersebut tidak berfungsi, pegawai berkenaan telah diberi amaran yang beliau akan ditukarkan. Enam bulan kemudian amaran Robert Phang menjadi kenyataan apabila semua pegawai polis yang terlibat dalam projek Motorola tersebut telah ditukarkan oleh IG Ismail Omar ke jawatan yang tidak ada kaitan dengan kepakaran mereka. Walaubagaimana pun IG Ismail Omar telah memaksa pegawai lain supaya meluluskan projek Motorola tersebut walaupun ianya tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Kini ianya menjadi gajah putih yang tidak boleh diguna. Pihak SPRM sewajarnya menyiasat perkara ini dan mengenengahkan mereka yang bersekongkol dengan Robert Phang. Ini menunjukkan betapa terpengaruhnya Robert Phang hingga beliau boleh memberi tekanan keatas IG Ismail Omar. Tetapi sebenarnya Robert Phang hanya menjadi orang suruhan Ta Kin Yan dan juga badan badan korporat lain yang ingin menggunakan ‘khidmat khas’ beliau. Sewajarnya Robert Phang di beri anugerah ‘Musuh Utama Negara’. Tepatlah kata pepatah orang bodoh senentiasa mencari orang yang lebih bodoh untuk ia dikagumi. Anihnya bagaimana orang yang lebih bodoh boleh jadi KPN?

Dikatakan hari ulang tahun ke 205 PDRM tahun ini telah disambut dengan bergitu gilang gemilang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur menjelang 25 Mac 2012. Ianya dimulakan dengan pertunjukan gemilang bunga api. Mascot harimau biru dilaporkan telah ditempah dengan harga RM1.2 juta dan keseluruhan perbelanjaan perayaan tersebut berjumlah RM8 juta. Majlis yang serba mewah ini telah memakan belanja yang bergitu besar disebabkan oleh persediaan yang bergitu lama selama dua minggu termasuk bayaran sewaan khemah  berharga RM3 juta. Diketahui umum bahawa pihak  Kementerian Dalam Negeri atau pun pihak Perbendaharaan Malaysia sama sekali tidak akan meluluskan atau memperuntukkan sejumlah besar belanjawan untuk membiayai majlis yang serba mewah seperti ini lebih lebih lagi pertunjukan bunga api yang langsung tidak ada impak positif dalam hubungan polis dan orang ramai. Persoalannya sekarang bagaimana pihak polis mampu membiayai majlis yang bergitu mewah?  Kini ujud perbualan dikalangan pegawai polis bahawa majlis ulang tahun hari polis telah ditaja oleh sindikit haram yang dikepalai oleh Ta Kin Yan yang hendak membalas jasa polis kerana memberi perlindungan kepada kegiatan haram mereka. Juga dikatakan Ta Kin Yan telah membantu IG Ismail Omar membina rumah banglo di Shah Alam bernilai RM4 juta.  IG Ismail Omar juga dilaporkan telah membeli satu lot tanah banglo yang bernilai RM1 juta berdekatan dengan PULAPOL. Secara umumnya sesaorang pegawai kerajaan, khasnya saorang KPN yang belum pun khidmat sampai dua tahun, jelas tidak mampu membeli sekeping tanah banglo bernilai RM1 juta. Secara kesimpulannya 1% anggota polis yang rasuah yang dimaksudkan oleh IG Ismail Omar adalah beliau sendiri seperti pepatah Inggeris - ikan mula busok di kepala. IG Ismail Omar juga wajar dihadapkan ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk memberi penjelasan bagaimana wang tunai bagi tujuan operasi khas Cawangan Khas sejumlah RM20 juta telah lenyap. Oleh kerana wang ini adalah wang rakyat beliau wajar memberi penjelasan sama ada wang tersebut telah habis kerana berpoya poya atau pegawai dalam Cawangan Khas yang telah menyalahgunakannya.

Bercerita tentang polis rasuah, ada saorang yang tidak ada tandingannya didunia. The RM20 million cop! Itulah dia Ramli Yusof bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia yang mana menjadi KPN adalah impiannya sejak dahulu lagi. Tetapi impiannya hancur lerai apabila pihak SPRM menghadapkan beliau ke mahkamah diatas kes rasuah kerana beliau tidak dapat memberi justifikasi bagaimana beliau mampu memperolehi wang tunai dan aset yang bergitu banyak sebagai penjawat awam. Walaupun telah bersara dari perkhidmatan, impiannya untuk menjadi KPN masih bermarak kerana Anuar Ibrahim, pemimpin de facto PKR, telah berjanji bahawa sekiranya beliau (Anuar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri, beliau akan lantik Ramli Yusof sebagai KPN. Sudah tentu ini ada muslihat besar Anuar Ibrahim sehinggakan beliau berjanji melantik Ramli Yusof sebagai KPN! Sebenarnya Ramli Yusoflah orangnya yang mendedahkan kepada Anuar Ibrahim bahawa IGP ketika itu-Tan Sri Rahim Nor- yang telah menumbuk beliau mengakibatkan mata beliau bengkak semasa ditahan di Bukit Aman. Tetapi sebaliknya pula Ramli Yusof yang telah mengarahkan saorang pegawai supaya menutup muka Anuar Ibrahim dengan kain dan kemudiannya menghasut Tan Sri Rahim Nor memukul Anuar Ibrahim. Semasa kejadian ini berlaku mereka yang menyaksikannya ialah Yaacob Amin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ketika itu dan Ramli Yusof sendiri yang merupakan  Timbalan Pengarah JSJ ketika itu. Sepatutnya Yaacob Amin dan Ramli Yusof wajar dituduh kerana menghasut bersekali dengan Tan Sri Rahim Nor kerana menyebabkan kecederaan keatas Anuar Ibrahim. Oleh kerana Tan Sri Rahim Nor telah mengaku salah diatas perbuatan itu, maka Yaacob Amin dan Ramli Yusof terlepas dari dituduh. Kalaulah kes ini berterusan dengan pembicaraan sudah jelas Yaacob Amin dan Ramli Yusof akan terlibat sama kerana melakukan jenayah bersumpah bohong atau melindungi perlakuan jenayah. Sebenarnya pertuduhan terhadap Yaacob Amin dan Ramli Yusof boleh diteruskan oleh Ketua Pendakwa Raya Ghani Patail kerana dalam kesalahan jenayah tidak ujud had masa. Kini Ramli Yusof berpura pura menunjukkan yang beliau tidak bersalah dan telah dianiayai oleh SPRM. Kalau tidak impiannya untuk menjadi KPN sudah menjadi kenyataan. Ramli Yusof boleh jadi KPN.Tetapi sebelum beliau boleh menjadi KPN beliau wajar melihat dari dalam dirinya. Jika beliau tidak mampu mengurus tiga bekas isteri isterinya bagaimana pula hendak mengurus pasukan yang terdiri dari 120,000 pegawai dan anggota lelaki dan wanita. Bertaubatlah brother.

Ini adalah julung kalinya dalam sejarah 205 tahun, pihak PDRM telah menyimpang dari tradisinya mengadakan perbarisan resmi bagi memperingati hari ulang tahun polis yang lazimnya diadakan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak Kuala Lumpur-suatu tempat nostalgia dimana pegawai polis dilatih untuk menjadi penguatkuasa undang undang. Tidak lama lagi ikon mercu tanda ini akan lenyap dari sejarah polis kerana setiap inci puast latihan ini telah dijual dan diswastakan kepada syarikat MKland untuk pembangunan komersial. Dimasa yang lampau ramai pemaju telah cuba mengambil aleh satu satunya ‘ lombong emas’  yang tinggal di ibu Negara Kuala Lumpur. Mantan Menteri2  Dalam Negeri dan juga Perdana Menteri yang lepas telah menolak sekeras kerasnya sebarang percubaan oleh mana mana pihak swasta atau pemaju untuk mengambil tanah PULAPOL sebagai mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan anggota polis didalam mempertahankan kedaulatan Negara. Inilah tempatnya dimana pahlawan dan wira Negara dilatih untuk menentang ancaman komunis dan juga jenayah sehingga tercedera dan lumpuh. Namun kini ini semua telah berubah apabila Najib Razak memegang jawatan Perdana Menteri dengan RM (Rosmah Mansor) sebagai Perdana Menteri Kanan. Sejumlah RM50 juta telah dibayar kepada RM sebagai jaminan bahawa PULAPOL akan dijual kepada MKland. Serupa juga dengan pengswastaan Pangkalan Tentera Udara Sg. Besi oleh 1MD. RM yang mendalangi penjualan Pangkalan Tentera tersebut. Oleh itu jika sesuatu kebuntuan tidak dapat diselesaikan, carilah RM. Beliau tahu apa nak buat. Kalau tidak takkan boleh beli cicin belian berharga RM70 juta. Ini semuanya rasuah dalam bentuk halus dan pihak SPRM tidak terdaya untuk menyiasat dengan memberi alasan mereka tidak mempunyai cukup bukti untuk tuduh. IG Ismail Omar pula nampakanya tidak ada bola untuk menentang atau mencegah apa yang dipanggil ‘Rogolan PULAPOL’ oleh tindakan keji orang orang yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pengorbanan anggota polis. IG Ismail Omar juga nampaknya telah hilang kawalan dan perintahannya dalam Pasukan. Beliau telah memperkenalkan dasar baru yang mematikan semangat  pegawai rendah polis. Kesemua anggota pangkat rendah kini tidak berpuas hati terhadap dasar IG Ismail Omar yang membenarkan pengambilan pangkat Sarjan secara langsung dari kalangan bekas anggota tentera. Ini secara langsung melucutkan peluang satu ratus anggota polis berpangkat Kopral untuk dinaikkan kepangkat Sarjan. Tindakan ini serupalah dengan peribahasa Melayu ‘Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Wahai pahlawanku, sedar dan bangkitlah untuk menentang kecurangan dan durjana ini. Masa depan Negara dan Pasukan adalah ditangan anda. Janganlah ditipu. Biarkan sibodoh berkelakuan dungu seperti Pa Pandir dengan labu labunya. Biarkan. Biarkan.

Bercerita tentang sidungu, IG Ismail sepatutnya sedar bahawa beliau juga telah menaikkan pangkat sidungu sebagai Ketua Polis Negeri. Seperti yang dijangka Ketua Polis Perak, DCP Shukri Dahlan telah mencemar amanah yang diberikan kepadanya. Sepertimana peribahasa Melayu alah biasa kekal biasa dan kalau anjing tak makan tahi, dapat hidu pun jadilah. Semasa beliau menjadi Ketua Polis Terengganu dahulu beliau menjalin hubungan sulit dengan pegawai wanitanya yang dianggap dayang dayangnya untuk menghiburkan beliau selepas waktu pejabat. Beliau telah diberi nasihat supaya berkelakuan baik seperti mana yang diharapkan sebagai pegawai atasan polis. Apabila beliau ditukarkan ke Perak sebagai Ketua Polis beliau terus dengan perangainya mengekploitasi pegawai pegawai wanita bagi memuaskan nafsunya. Malangnya pada 11 Apr 2012, beliau telah diberkas oleh pegawai penguatkuasa majlis agama Islam Pahang kerana berkhalwat dengan saorang Inspektor wanita polis di dalam bilik hotel di Cameron Highlands. Inspektor wanita ini bertugas sebagai Pegawai Staf bersama sama DCP Shukri Dahlan di Ibu Pejabat Polis Negeri, Ipoh, Perak. Perbuatannya serupalah peribahasa Melayu ‘Seperti haruan makan anak’. Agak pelik bagaimana ‘haruan’ seperti ini diberi amanah dan kepercayaan untuk memerintah empat ribu anggota dan pegawai dibawahnya. Itulah PDRM kini. Belum selesai lagi bagi IG Ismail Omar mengatasi pemasalahan moral dikalangan pegawai atasannya, timbul pula cerita yang Ketua Polis Kedah DCP Ahmad Ibrahim mempunyai skandal kerana menjalin hubungan sulit dengan isteri salah saorang pegawai kanannya. Jika KPN pincang dari segi rasuah, Ketua Ketua Polis beliau juga pincang dari segi moral. Jadi jangan salahkan orang ramai jika mereka tidak percayakan polis untuk membanteras jenayah, apa tah lagi bagi melindungi anak anak gadis, isteri, cucu perempuan atau pun nenek mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails




bangsar south bangsar south bangsar south bangsar south bangsar south couple sex couple sex couple sex couple sex couple sex balcony balcony balcony balcony balcony balcony video video video video video video sex sex sex sex sex sex sex jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low